POLISI WARANTI
BERKUATKUASA PADA: 6 JUN 2024
Waranti ini adalah untuk khemah 'Double Layer' SAHAJA. Untuk produk yang lain, anda boleh merujuk 'Exchange Policy' kami di sini.
Waranti ini hanya boleh digunakan di Malaysia dan hanya boleh digunakan apabila anda membuat pembelian daripada Camps & Apparels Corp. Sdn Bhd (C&A), atau di outlet OUTPOST.
​
Sebagai pemilik jenama Deer Creek, Camps & Apparels Corp. Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk waranti ini dan hak untuk menukar mana-mana terma dan syarat dalam waranti ini.
Perlindungan Waranti:
-
Waranti Deer Creek hanya akan meliputi proses 'Repair' SAHAJA. Tempoh masa waranti ini pula adalah bergantung kepada bahagian khemah dan tempoh maksimum waranti ini adalah 1 tahun daripada tarikh pembelian. Kami menyarankan anda untuk memeriksa produk yang dibeli sebaik sahaja anda menerimanya.
​
Tempoh Waranti:
-
Flysheet Pole, Fibre Rod - 1 Tahun
-
Flysheet, Inner Tent, Groundsheet - 6 Bulan
​
Cara Tuntuntan Waranti:​
-
Tangkap gambar atau video bahagian yang mempunyai kerosakan. Sila pastikan gambar atau video yang diambil adalah jelas.
-
Hantar gambar atau video anda kepada kami di sini. Kami juga memerlukan maklumat yang terperinci mengenai kerosakan untuk memudahkan urusan memeriksa dan membaiki khemah.
-
Wakil kami akan memberikan alamat kepada anda untuk proses penghantaran khemah.
​
Tempoh Pemeriksaan dan Pembaikan Khemah:
-
Kami akan mengambil masa 10 hari bekerja untuk memeriksa dan membaiki khemah anda. Sekiranya waktu yang diambil lebih daripada waktu yang ditetapkan, anda boleh menghubungi kami di sini.
*10 hari bekerja (4 hari untuk pemeriksaan, 6 hari untuk membaiki khemah)
​
Kos Penghantaran:
-
Kerosakan Daripada Kilang
-
Kos penghantaran akan ditanggung oleh Camps & Apparels Corp. Sdn Bhd (daripada pelanggan ke HQ kami dan daripada HQ kami kepada pelanggan)
​
2. Kerosakan Akibat Perbuatan Manusia
-
Kos penghantaran akan ditanggung oleh Camps & Apparels Corp. Sdn Bhd (daripada pelanggan ke HQ kami)
-
Pelanggan akan menanggung kos penghantaran (daripada HQ kami ke pelanggan)
​
*Sila ambil maklum bahawa sekiranya khemah anda mengalami kerosakan akibat perbuatan manusia, kos pembaikan akan dikenakan kepada pemilik.
**Kami hanya akan meneruskan proses pembaikan setelah kami menerima persetujuan daripada pemilik khemah berserta pembayaran untuk membaiki khemah
​
Pengecualian Waranti:
-
Waranti ini tidak boleh diguna pakai untuk produk Deer Creek yang lain selain khemah Deer Creek 'Double Layer'. Waranti ini juga tidak boleh digunakan untuk produk yang bukan jenama Deer Creek walaupun ia dibungkuskan atau dijual bersama produk Deer Creek. Juga tidak boleh diguna pakai untuk barangan tiruan. ​
-
Waranti ini tidak boleh digunakan untuk kerosakan daripada penyewaan atau penggunaan komersial.
​
Pengecualian Lain-lain:​
-
Kerosakan akibat penggunaan harian seperti koyakan, calar, atau warna yang pudar.
-
Kerosakan yang disebabkan oleh kemalangan, kecuaian seperti menjatuhkan produk, salah guna, pemasangan, pembukaan yang salah.
-
Kerosakan akibat terdedah kepada 'natural conditions', cecair, atau gas.
-
Kerosakan akibat pihak ketiga seperti pihak penghantaran (courier).
-
Kerosakan yang disebabkan oleh penyelenggaraan (termasuk membaiki) yang dilakukan oleh individu lain selain daripada wakil daripada Deer Creek.
-
Kerosakan akibat daripada pengubahsuaian kepada produk tanpa kebenaran daripada pihak Deer Creek.
-
Kerosakan akibat faktor luaran seperti, tetapi tidak terhad kepada, kerosakan akibat air/banjir, barangan tajam, kekerasan, anomali daripada arus elektrik kepada produk (jika berkenaan), dan haba yang berlebihan atau keadaan persekitaran.
​
Hubungi Kami:
-
Sekiranya anda mempunyai sebarang maklum balas, komen, soalan, permintaan, atau ingin menghubungi kami, anda boleh menghubungi kami di 60169847559 atau email kami di info@myoutpost.com.
​
​
​
​
​
​
​
​