Sumbangan Ikhlas untuk Anak - Anak Kurang Berkemampuan di Outpost Kajang.

Hai uolls. Entry kali ini kami ingin kongsikan kepada anda semua tentang aktiviti yang telah diadakan di Outpost. Oh yer, untuk pengetahuan anda semua, kita baru sahaja merasmikan pembukaan kedai baru yang bertempat di Metro Point Complex Kajang pada awal Disember lalu dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong Outpost dan kekal setia bersama kami.

Jom dapatkan keperluan anda di Outpost hari ini. Macam-macam ada. Sambil-sambil kita makan satay kajang tu mai la singgah Outpost. hehe...

Hari ini Outpost Kajang telah dikunjungi oleh satu badan kebajikan yang telah memilih Outpost untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik mendapatkan pakaian sekolah mereka. Sungguh terharu kerana masih ada lagi insan yang sudi menghulurkan bantuan demi melihat masa depan anak-anak ini terjamin. Perbualan sejenak bersama pengasas badan kebajikan ini yang ramah menggelarkan dirinya mummy menyatakan bahawa anak-anak ini adalah permata yang bernilai dan mereka juga punyai peluang untuk mempunyai masa hadapan yang cerah seperti kanak - kanak lain.


Lihat, terpancar sinar kegembiraan pada wajah anak-anak permata negara ini. Masing-masing sedang sibuk mencuba pakaian sebelum kemasukan persekolahan tidak lama lagi.

Comel kan anak-anak ini. Outpost mendoakan semoga anak-anak ini akan berjaya dan menjadi insan yang mulia untuk bangsa dan negara.

- "Bantulah mereka yang kurang bernasib baik, kerana setiap keikhlasan akan digantikan dengan kemanisan"-

Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • Twitter Basic Square
Featured Posts
Recent Posts
Archive

HQ ADDRESSS

No. 30-32 , Jalan Perdana 10/12,

Pusat Perdagangan Tasik Perdana, Pandan Perdana, Cheras, 

55300 Kuala Lumpur ,Malaysia

CONTACT

Customer Service:

Tel: 016 - 984 7559

Email: info@myoutpost.com

 

FOLLOW US

Facebook | Instagram  |  Twitter